Perubahan persekitaran dan kompleksiti persekitaran Persekitaran organisasi

Perubahan persekitaran

  • Berubah daripada statik kepada dinamik
  • Lebih sukar kepada pengurusan membuat keputusan jika persekitarannya dinamik
  • Jika semua perkara sama, pengurusan lebih suka berhadapan dengan persekitaran yang statik daripada dinamik kerana persekitaran ini memberi peluang untuk membuat ramalan

Kompleksiti persekitaran

  • Merujuk kepada jumlah komponen luaran yang boleh mempengaruhi operasi organisasi
  • Apabila ia mudah, hanya terdapat sedikit komponen yang perlu dimantau oleh pengurusan, dan komponen itu pula agak sama (homogenous)
  • Apabila persekitaran komplek, terdapat banyak komponen yang perlu dimantau, dan komponen itu agak berlainan (heterogenous)
  • Penambahan kepada kompleksiti membawa kepada nyah pusat, yang membolehkan organisasi memantau dengan lebih dekat dan efektif perkembangan komponen persekitaran yang pelbagai itu